Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

248) PENJAJARAN INISIATIF PEDULI RAKYAT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah penjajaran Inisiatif Peduli Rakyat daripada pemberian kepada pemberdayaan akan dilaksanakan? Apakah ukuran kejayaan penjajaran ini?

    Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan daripada:

    Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar (MERU) – soalan 69 & 207;

    Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin (MORIB) – soalan 86;

    Y.B. Puan Wong Siew Ki (BALAKONG) – soalan 165; dan

    Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping (BUKIT LANJAN) – soalan 51; Tuan Speaker,

    Ramai dikalangan Ahli Dewan Negeri telah membangkitkan mengenai Penjajaran Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dan juga Data eKasih yang merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri masa kini.

    Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) adalah penjenamaan semula Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilaksanakan sejak 10 tahun yang lalu.

    Retreat EXCO 2018 pada 13 hingga 16 Ogos 2018 telah memutuskan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk membentangkan keberkesanan dan keperluan penjajaran program IPR dengan mengambil kira perkara seperti berikut:

    • Penekanan konsep daripada pemberian kepada pengupayaan (empowerment);
    • Penekanan kepada program-program kesedaran; dan
    • Fokus kepada kumpulan sasar yang

    Berdasarkan Ucapan Belanjawan 2019 pada 23 November 2018 telah diumumkan bahawa agenda pelaksanaan program-program IPR akan diteruskan secara lebih holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat IPR di Selangor.

    Selain itu, penjajaran IPR juga akan mengambil kira perkara seperti berikut:

    • Penekanan konsep daripada pemberian kepada pengupayaan (empowerment);
    • Penekanan kepada program-program kesedaran; dan
    • Fokus kepada kumpulan sasar yang

    Merujuk kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 1/2019 melalui cabutan minit yang telah disahkan pada 26 Januari 2019 telah memutuskan bahawa keperluan mengenai penjajaran dan penyusunan semula IPR perlu dimuktamadkan segera mengikut cadangan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

    Sehubungan itu, UPEN telah menganjurkan Persidangan Pengendali IPR pada 25 hingga 26 Februari 2019 bertempat di Hotel Best Western, i-City Shah Alam dengan menghimpunkan sebanyak 43 pengendali IPR Negeri Selangor bagi membincangkan cadangan penjajaran dasar dan program IPR sedia ada dan seterusnya memperkasakan pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri Selangor.

    Hasil daripada persidangan tersebut, 43 Program IPR telah dicadangkan untuk dijajarkan kepada 3 kategori utama iaitu seperti berikut:

    • Diteruskan seperti ada (merangkumi 20 Program IPR);
    • Diteruskan Dengan Penjajaran iaitu secara:
    • Pindaan dari segi perubahan program, syarat kelayakan, mekanisme pelaksanaan, kuota penerima dan lain-lain pindaan (merangkumi 14 Program IPR); dan
    • Kolaborasi dengan program IPR sedia ada (merangkumi 9 Program IPR)

    (Rujuk lampiran I untuk butiran lanjut)

    Walau bagaimanapun, kesemua cadangan penjajaran program IPR ini akan dibentangkan secara terperinci semasa Retreat Exco yang akan diadakan pada 31 Mac hingga 2 April 2019 bagi mendapatkan keputusan dasar pelaksanaan yang akan dimuktamadkan kelak oleh Kerajaan Negeri.

    Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini semua Program IPR masih berjalan seperti biasa dan tidak akan dimansuhkan malah sebaliknya dijajarkan bagi meneruskan pemberian bantuan Kerajaan Negeri secara lebih holistik yang tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat IPR Selangor.

    Bagi pelaksanaan Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan pihak ICU, JPM supaya Sistem eKasih digunakan sebagai satu sumber data asas dalam proses verifikasi penerima bantuan. Selain itu, UPEN juga sedang dalam peringkat perbincangan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengenal pasti kesesuaian penggunaan Data Bantuan Sara Hidup (BSH) dalam proses verifikasi penerima pada masa akan datang.

    Pada masa kini, pihak Kerajaan Negeri sedang membangunkan Sistem Smart IPR yang dicadangkan sebagai One Stop Center untuk semua permohonan IPR melalui portal atau aplikasi mobile di mana maklumat permohanan untuk semua skim disimpan dalam satu data berpusat dan boleh diakses oleh semua pihak. Sistem Smart IPR ini masih dalam proses pembangunan oleh pihak Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dan seterusnya akan siap digunakan secara berperingkat mulai Bulan Februari 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.