Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

102) PENJAJARAN PROGRAM PENDIDIKAN TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR 2019

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah hasil dapatan penjajaran program Pendidikan di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor bagi tahun 2019?

    Sebanyak tujuh (7) program di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor telah dijajarkan dan dimurnikan kepada lima (5) program sahaja hasil daripada penjajaran program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Peruntukan sebanyak RM16.6 juta yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2019 adalah merangkumi lima (5) program pembiayaan pendidikan Peduli Siswa dalam bentuk Biasiswa dan Pinjaman Boleh Ubah seperti berikut:

     

    • Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor;
    • Biasiswa Sagong Tasi;
    • Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara;
    • Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara;dan
    • Program Khas Selangor Brain Bank.

     

    Program-program ini telah dimurnikan daripada segi mekanisma pelaksanaan dan syarat kelayakan bagi memastikan objektif IPR tercapai. Bagi tujuan tersebut, program-program ini ditambahbaik seperti berikut:

     

    • Pembiayaan merangkumi semua peringkat pengajian;
    • Penggabungan program-program bertindih dalam satu program komprehensif;
    • Penetapan syarat had pendapatan isi rumah; dan

    Penyelarasan tempoh bermastautin pemohon bagi semua program di bawah TKWBNS

Lampiran

Tiada Lampiran.