Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

47) PENJAJARAN SEMULA WIFI SMART SELANGOR BAGI PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi Kerajaan Negeri melalui Wifi Smart Selangor untuk memastikan pelajar yang menggunakan "online learning" tidak ketinggalan?

    Program WiFi Smart Selangor (WSS) disusun dan ditambahbaik untuk memberi tumpuan kepada kluster Pendidikan, Kesihatan dan Keagamaan dengan fokus ke kawasan luar bandar dan kumpulan sasaran B40 dan M40. Penambahbaikan ini merangkumi peningkatan infrastruktur, perkhidmatan  kelajuan kepada pengguna dan program-program tambah nilai.

    Dengan adanya perkhidmatan WSS di kawasan tumpuan ini, pelajar akan sentiasa dapat capaian ke Internet untuk platform “online learning” setiap hari dan tidak ketinggalan dalam mata pelajaran. Perkhidmatan WSS disediakan dengan kelajuan minima 4Mbps bagi setiap individu bagi memastikan aplikasi pembelajaran dapat diguna pakai secara optimum dan stabil. Tambahan juga, SMARTSEL sentiasa memantau kesemua AP berada di dalam mod aktif bagi memastikan pelajar sentiasa terhubung semasa proses pembelajaran secara “online learning”.

Lampiran

Tiada Lampiran.