Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

208) PENJAWAT KONTRAK DI SUK

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan dan kategori penjawat kontrak di SUK ?

    1. Berdasarkan rekod yang diperoleh daripada Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) sehingga 26 Februari 2016 terdapat 230 orang penjawat awam lantikan kontrak yang berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (PSUK). Berikut adalah pecahan kategori  penjawat awam lantikan kontrak mengikut kumpulan perkhidmatan :

     

    Bil Kategori Kumpulan Perkhidmatan Bilangan
    1. Pengurusan dan Profesional :

    Gred 41 – Gred 54

    30
    2. Kumpulan Pelaksana Berkelayakan Diploma / STPM :

    Gred 27 – Gred 40

    43
    3. Kumpulan Pelaksana Berkelayakan SPM :

    Gred 17 – Gred 26

    112
    4. Kumpulan Pelaksana Berkelayakan PMR/SRP dan ke bawah :

    Gred 1 – Gred 16

    45
      JUMLAH KESELURUHAN 230

     

Lampiran

Tiada Lampiran.