Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

63) PENJELASAN KEBENARAN ISU SABOTAJ DAN GENGSTERISM DI LOJI TAKUNGAN AIR DAN CARA TANGANINYA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah kebenaran wujud unsur sabotaj dan gengsterism di loji-loji takungan air pada Hari Raya Aidilfitri lepas dan bagaimanakah perkara tersebut ditangani?

    Sewaktu operasi pengepaman air kolam dijalankan bagi membantu menambah kapasiti sumber air mentah, terdapat beberapa insiden sabotaj telah dilaporkan oleh para petugas dari Lembaga urus Air Selangor (LUAS), Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS Negeri). Berikut merupakan ringkasan insiden yang berlaku:

     

    Tarikh / Masa Lokasi kejadian Butiran
    1 Okt 2014

    1.00 – 2.00 pagi

    Kolam Takungan MBI Kejadian berlaku di Kolam Takungan MBI yang mana operasi pengepaman dioperasikan oleh pihak KSSB. Pihak operator seramai dua (2) orang didatangi dan diugut oleh tiga (3) orang yang tidak dikenali dengan parang. Starter pam telah dicuri dan beberapa wayar utama pam dipotong dan telah mengakibatkan kegagalan pam untuk berfungsi.
    11 Sept 2014

    11.00 malam

    Kolam Kambing Susu C Petugas KSSB melaporkan kunci pam enjin telah hilang dari milikan. Perkara tersebut disedari sewaktu operasi pengepaman hendak dimulakan. Bilangan pam yang terlibat adalah sebanyak dua (2) pam.

    Dilaporkan kunci tersebut telah dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

     

    Tarikh / Masa Lokasi kejadian Butiran
    4 Sept 2014

    4.00 – 6.30

    petang

    Kolam Tan Chong Pam yang dioperasikan oleh KSSB telah mengalami kemusnahan. Dilaporkan paip tersebut telah dibakar oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Rawang.
    30 Ogos 2014

    6.30 petang

    Kolam Takungan MBI Sewaktu rondaan dibuat, petugas mendapati satu (1) pam yang dioperasikan oleh JPS Negeri telah mengalami kerosakan seperti berikut:

    Wiring pam rosak Bateri hilang Radiator tersumbat Switch board hilang

    Minyak pada tangki dicuri

     

    Satu bilik gerakan pemantauan bekalan air yang beroperasi selama 24 jam telah diwujudkan bagi menyelaras segala aktiviti dan laporan berhubung operasi pengepaman di tapak. Wakil daripada LUAS, KSSB, JPS Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Hulu Selangor dan Unit Bencana Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama mengambil tanggungjawab untuk memantau dan melaporkan segala maklumat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang timbul di tapak.

    Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga telah menambah bilangan pasukan peronda yang terdiri daripada anggota RELA, anggota polis bantuan dan penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu kawalan keselamatan pam-pam serta para petugas yang terlibat dalam operasi pengepaman.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.