Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

79) PENJIMATAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memohon data penjimatan yang berjaya dilakukan dari segi perolehan Kerajaan Negeri dari tahun 2016 sehingga 2019.

    Berdasarkan kepada rekod, penjimatan Perolehan Kerajaan Negeri bagi perolehan tender dan sebut harga dari tahun 2016 sehingga 30 Jun 2019 adalah sebanyak RM540,750,476.50.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.