Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

80) PENJIMATAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memohon data penjimatan yang berjaya dilakukan dari segi perolehan Kerajaan Negeri dari tahun 2016 sehingga 2019.

    Pengalaman lima belanjawan yang lalu membuktikan Kerajaan Negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah, memperkukuh budaya kerja cekap dan berintegriti dan menutup ruang pembaziran serta ketirisan. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah berjaya mengurangkan belanjawan defisit kepada satu jumlah yang munasabah.

    Seperti mana kita sedia maklum, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Dasar Penilaian Perolehan Secara Sistem Cut-off mulai dari tahun 2015 bagi menilai semua tender dan sebut harga yang dipelawa secara terbuka. Dasar ini dirangka berteraskan konsep integriti dan nilai untuk wang (value for money).

    Sejak tahun pelaksanaannya, sejumlah 574 projek dengan anggaran kos sebanyak RM4 bilion telah dinilai. Hasil daripada pelaksanaan kaedah ini yang dibuat secara telus dan berintegriti, maka sehingga 18 Oktober 2019, Kerajaan Negeri telah merekodkan penjimatan sebanyak RM545.4 juta.

    Data penjimatan bermula tahun 2016 sehingga 18 Oktober 2019 adalah seperti berikut:-

     

    TAHUN ANGGARAN JABATAN

    (RM)

    NILAI PEROLEHAN

    (RM)

    PENJIMATAN

    (RM)

    2016 1,227,454,314.37 1,003,288,098.55 224,166,215.82
    2017 1,320,778,734.58 1,176,502,283.55 144,276,451.03
    2018 476,532,222.54 410,613,905.59 65,918,316.95
    *2019 245,918,985.97 210,270,990.07 30,222,924.14

    * Nota: Data sehingga 18 Oktober 2019

     

Lampiran

Tiada Lampiran.