Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

316) PENJUALAN ARAK

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas peniaga-peniaga kedai serbaneka yang masih menjual minuman beralkohol yang diletakkan bersebelahan dengan barangan keperluan harian ?

    Kerajaan Negeri melalui PBT akan mengeluarkan Notis bertulis kepada peniaga untuk mematuhi syarat meletak minuman beralkohol berasingan dan barang keperluan harian dalam tempoh 14 hari. Kegagalan mematuhi syarat akan menyebabkan pihak Majlis tidak menyokong pembaharuan lesen minuman keras ke Pejabat Tanah dan Daerah (Bagi premis sedia ada yang mempunyai lesen minuman keras) dan pembatalan lesen

Lampiran

Tiada Lampiran.