Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

7) PENJUALAN ARAK

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan lesen yang dikeluarkan untuk premis menjual minuman keras mengikut PBT-PBT?

    Tiada lesen yang dikeluarkan oleh PBT dalam penjualan Arak berikutan ia di bawah
    kuasa Kastam Diraja Malaysia yang diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Eksais
    Daerah. Berikut bilangan premis yang berlesen menjual minuman keras di Selangor:

    BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN PREMIS
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam 67
    2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 375
    3. Majlis Perbandaran Klang 185
    4. Majlis Perbandaran Ampang jaya 19
    5. Majlis Perbandaran Subang Jaya 194
    6. Majlis Perbandaran Selayang 72
    7. Majlis Perbandaran Kajang 136
    8. Majlis Perbandaran Sepang 70
    9. Majlis Daerah Kuala Selangor 7
    10. Majlis Daerah Kuala Langat 4
    11. Majlis Daerah Hulu Selangor 149
    12. Majlis Daerah Sabak Bernam 124
    JUMLAH 1402

Lampiran

Tiada Lampiran.