Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

90) PENJUALAN ARAK/ MINUMAN KERAS

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bersedia melarang penjualan arak/ minuman keras selepas tengah malam?

    Penjualan arak/minuman keras dikawal selia di bawah Akta Eksais 1976. Seperti mana
    yang telah termaktub di bawah Seksyen 35, Akta Eksais 1976 mas operasi bagi premis
    yang melaksanakan urus niaga ini adalah seperti berikut:
    JENIS LESEN WAKTU OPERASI
    Runcit 7.00 pagi – 9.00 malam
    Borong 7.00 pagi – 9.00 malam
    Rumah Awam Kelas I 10.00 pagi – 12.00 malam
    Rumah Awam Kelas II 10.00 pagi – 10.00 malam
    Rumah Awam Kelas III 10.00 pagi – 9.00 malam
    Rumah Bir Kelas I 10.00 pagi – 12.00 malam
    Rumah Bir Kelas II 10.00 pagi – 10.00 malam
    Masa pembukaan yang biasa bagi Rumah Awam atau Rumah bir boleh dilanjutkan jika
    mendapat kelulusan dari Pengerusi Lembaga Pelesen Eksais dengan dikenakan
    bayaran sebanyak Rm30.00 bagi Rumah Awam dan Rm15.00 bagi Rumah Bir untuk
    tiap-tiap jam atau sebahagian dari satu jam.
    Dari perspektif undang-undang masa operasi telah ditetapkan kepada 12.00 malam,
    walau bagaimanapun sebarang lanjutan masa boleh dipertimbangkan. Kerajaan Negeri
    belum bercadang untuk melarang penjualan arak/minuman keras selepas tengah
    malam, tetapi Kerajaan Negeri telah mengambil langkah pencegahan dengan
    mewujudkan Zon Hiburan di beberapa PBT. Premis hiburan dalam Zon Hiburan
    ditetapkan hanya sehingga jam 1.00 pagi. Premis yang ingin beroperasi sehingga jam
    3.00 pagi di dalam Zon Hiburan perlu memenuhi kriteria-kriteria yang ketat seperti
    pemasangan CCTV, menyediakan pengawal keselamatan dan yang berkaitan demi
    memastikan keselamatan dan ketenteraman awam dapat dikawal.

Lampiran

Tiada Lampiran.