Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

155) PENJUALAN ARAK

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan garis panduan penjualan arak mengikut PBT di Selangor.

    Pada masa ini, PBT hanya mengeluarkan lesen perniagaan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan sama ada untuk perniagaan besar, sederhana dan kecil. Setiap perniagaan yang melibatkan penjualan arak perlu mendapat tambahan lesen/ permit khas arak yang dinyatakan di bawah Akta Kastam 1967 (Akta 235) dan Akta Eksais 1976 (Akta176).

    Untuk makluman, di Negeri Selangor, kuasa melulus lesen/ permit khas penjualan arak adalah di bawah bidang kuasa pihak Lembaga Pelesenan Eksais Pejabat Daerah dan Tanah. Oleh yang demikian, penjualan arak berdasarkan Akta Kastam 1967 (Akta 235) dan Akta Eksais 1976 (Akta176) adalah tidak dibenarkan sekiranya tidak mendapat kelulusan oleh Lembaga Pelesenan Eksais Pejabat Daerah dan Tanah.

    Memandangkan kelulusan bagi menjual arak bukan di bawah bidang kuasa PBT, tiada keperluan untuk mewujudkan garis panduan di setiap PBT. Walau bagaimanapun, PBT sedia memberi kerjasama dalam melaksanakan pemantauan ke atas perniagaan-perniagaan yang menerima kelulusan lesen penjualan arak bagi memastikan perniagaan ini adalah dalam keadaan terkawal. Tindakan penguatkuasaan seperti kompaun dan notis berhenti niaga boleh dikenakan ke atas kedai yang menjual arak tanpa lesen.

Lampiran

Tiada Lampiran.