Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

133) PENJUALAN ASET MILIK KERAJAAN NEGERI DAN ANAK SYARIKAT

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan aset milik Kerajaan Negeri dan anak syarikat yang telah dijual pada tahun2015?

    Aset ialah sumber yang dikawal oleh entiti, hasil daripada peristiwa lampau dan memberi manfaat ekonomi masa hadapan atau potensi perkhidmatannya dijangka mengalir ke dalam entiti.

     

    Aset Alih bermaksud aset atau peralatan yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain secara mudah termasuk aset yang dibekalkan bersekali dengan penyediaan bangunan atau infrastruktur lain.

     

    Manakala, Aset Tak Alih adalah aset yang secara kekal/tetap atau bersifat secara kekal/tetap berada pada tempatnya, tidak boleh dialih atau sukar dialihkan atau usaha untuk membuka semula/penanggalan memerlukan keperluan/kepakaran teknikal atau perundangan berkaitan termasuk aset tak alih warisan. Contoh aset tak alih adalah tanah, bangunan, jalan dan pembentungan.

     

    Memandangkan Kerajaan Negeri menggunapakai perakaunan berasaskan tunai (Cash Basis Accounting), maka aset adalah tidak dipermodalkan/diperakaunkan dalam Penyata Kewangan Tahunan Kerajaan Negeri. Namun begitu, rekod pengurusan aset alih yang dipantau oleh Perbendaharaan Negeri Selangor pada tahun 2015  menunjukkan  penjualan aset alih Kerajaan Negeri adalah meliputi dua item seperti berikut sahaja:-

     

    i.        Kenderaan Yang Telah Dikeluarkan Sijil Perakuan Pelupusan (PEP)

     

     

     

    Bil

     

    Jabatan

    Bil. Unit Harga Perolehan

    Asal (RM)

    Harga Jualan

    (RM)

    1. Pejabat Daerah / Tanah

    Sabak Bernam

    1 126,843.69 13,580.00
    2. Jabatan Pertanian 6 283167.78 52,400.00
    3 Jabatan Kebajikan Masyarakat 1 92,292.46 18,000.00
    4. Jabatan Agama Islam Selangor 2 78,220.00 10,160.00
    5. Pejabat Daerah/ Tanah Kuala

    Langat

    1 51,003.34 3,800.00
    6. Jabatan Pengairan dan Saliran 3 246,972.00 30,643.00
    7. Pejabat Daerah/Tanah Hulu

    Langat

    1 75,323.50 8700.00
    8. Jabatan Mufti 1 38,186.87 8,000.00
    JUMLAH 16 992,009.64 145,283.00

     

    Nota: Sijil PEP dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi kenderaan yang telah melebihi had usia, rekod odometer / perbatuan melebihi 250,000 km dan/atau memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.

     

    1. Jentera berat

     

     

     

    Bil

     

    Jabatan

     

    Unit

    Harga Perolehan Asal

    (RM)

    Harga Jualan (RM)
    1. Jabatan Pengairan

    dan saliran

    4 495,657.00  

    111,176.00

     

     

    Jumlah keseluruhan (i) dan (ii) = RM 256,459.00

     

    Di dalam konteks yang berasingan, anak syarikat kerajaan negeri menggunapakai perakaunan berasaskan akruan (Accruel Based Accounting). Di dalam perakaunan berasaskan akruan, aset yang bernilai melebihi RM 2,000.00 adalah dipermodalkan/diperakaunkan pada penyata kewangan termasuk aset seperti ekuiti/saham, tanah dan bangunan. Semakan mendapati, aset anak syarikat kerajaan negeri yang telah dijual pada tahun 2015 adalah seperti jadual berikut:-

     

     

     

    Bil.

    Perbadanan / Anak Syarikat Jenis Aset Yang Dijual ( Saham / Tanah / Bangunan / Pelbagai ) Nilai Jualan Aset (RM)
    1. Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) Pelbagai (Kenderaan Bermotor) dengan jangka hayat melebihi lima (5) tahun 42,949.00

Lampiran

Tiada Lampiran.