Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

184) PENJUALAN TANAH-TANAH KERAJAAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan 5 penjualan tanah terbesar yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat dari 2008-2013.

    Di dalam pentadbiran sumber alam seperti tanah, Kerajaan Negeri komited untuk meningkatkan kecekapan memproses urusan pemilikan tanah dan meneruskan tawaran bagi pemilikan geran tanah persendirian kepada pemohon yang layak termasuk mereka yang sudah menghuni di kawasan persendirian dalam tempoh lebih 12 tahun.

    Kerajaan Negeri komited memajukan tanah rizab Melayu dengan lebih tersusun bagi meningkatkan nilai dan dalam masa yang sama melindungi hak dan keistimewaan komuniti Melayu. Dengan itu, Kerajaan tidak mempunyai polisi menjual tanah kepada mana-mana pihak.

Lampiran

Tiada Lampiran.