PENSEJAJARAN PROGRAM AIR PERCUMA

43) PENSEJAJARAN PROGRAM AIR PERCUMA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jangkaan jumlah bilangan isi rumah yang mendapat manfaat selepas pelaksanaan pensejajaran Program Air Percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Untuk mengenal pasti golongan B40 yang layak menerima bantuan di bawah Program Pemberian Air Percuma, mereka hendaklah berdaftar dengan E-Kasih. Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) akan melaksanakan padanan (intergrasi) data E-Kasih dengan rekod akaun pengguna domestik Air Selangor. Berdasarkan kepada padanan yang telah dibuat, jangkaan jumlah bilangan isi rumah yang layak mendapat manfaat di bawah Program Pemberian Air Percuma ini dianggarkan sebanyak 13,000 keluarga. Kerajaan Negeri juga sedang meneliti untuk membuat padanan nama dengan penerima rekod Bantuan Sara Hidup di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Mekanisme terperinci mengenai perkara ini masih dalam penelitian Kerajaan Negeri dan akan diumumkan dalam waktu yang terdekat ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.