Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

78) PENSINERGIAN PROGRAM DENGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Selangor untuk mensinergikan program-program IPR dengan program Kerajaan Persekutuan? Jika tiada, apakah sebab-sebabnya?

    Sejak Mei 2018, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan  Negeri  telah  berada  di bawah satu tampuk kepimpinan yang sama. Justeru itu, Kerajaan Negeri kini dalam tindakan melaksanakan dan menyelaraskan program-program yang mempunyai tujuan dan objektif yang sama dengan program di bawah Kerajaan Persekutuan agar dapat mengelakkan pertindihan di dalam menetapkan sasaran, matlamat dan bentuk program.

    Sebagai contoh, program-program yang dilaksanakan di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang memberikan bantuan kebajikan kepada rakyat di Selangor akan ditambah baik kepada program pengupayaan yang meliputi pembangunan insan dan pendidikan supaya rakyat di Selangor mampu untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa kebergantungan terhadap bantuan Kerajaan Negeri sahaja. Begitu juga dengan program-program pemberdayaan wanita yang akan turut melibatkan penglibatan Jabatan Pembangunan Wanita & Keluarga, Institut Wanita Berdaya, KEMAS dan lain-lain jabatan persekutuan untuk membangunkan rakyat di Selangor secara holistik.

Lampiran

Tiada Lampiran.