Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

40) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri masih belum berjaya mengambil alih pengurusan air negeri dari operator swasta. Nyatakan kronologi dan kos diperlukan untuk pengambilalihan?

    Langkah untuk menyusun semula Industri Perkhidmatan Air di Negeri Selangor adalah selaras dengan hasrat dan matlamat Kerajaan Persekutuan untuk menyusun semula industri perkhidmatan air ke arah satu perkhidmatan yang efisien, efektif, berdaya saing dan mapan. Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 21/2007 yang bersidang pada 11 Julai 2007, telah bersetuju dengan penyusunan semula Pemegang Konsesi Air Selangor di bawah satu konsortium yang akan diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

     

    Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) melalui surat bertarikh 11 Februari 2008 telah memaklumkan Kerajaan Negeri Selangor bahawa melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 Januari 2008 telah menimbangkan dan memutuskan:-

     

    • supaya KDEB mengambil alih operari danpenyelengggaraan bagi rawatan dan pembekalan air di Negeri SeIangor,WiIayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk Loji Langat 2; dan

     

    • supaya Kerajaan Negeri Selangor bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dalam melaksanakan penstrukturan semula perkhidmatan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya secara KDEB akan menjadi peneraju utama dalam konsortium baru.

     

    Pada 22 Januari 2008, PAAB telah memberikan taklimat kepada Kerajaan Negeri Selangor menerangkan mengenai peranan PAAB di dalam penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara.

     

    Rundingan dan perbincangan telah diadakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan KTTHA semenjak tahun 2008. Beberapa siri perbincangan juga telah diadakan di antara YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dengan YB Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air bermula dari 20 April 2009.

     

    Bagi merealisasikan cadangan penstrukturan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan tawaran bagi mengambil alih Syarikat Konsesi Air sebanyak tiga (3) kali iaitu:-

     

    • 13 Februari 2009 pada nilai sebanyak RM5,709 juta;

     

    • 25 Jun 2009 pada nilai sebanyak RM9,218 juta; dan

     

    • 31 Januari 2010 pada nilai sebanyak RM9,227

     

    Status tawaran adalah seperti berikut:-

     

    ,II I8JI AH  
         
         
    13.02. 2009 5,709 Ditolak

    Konsesi

    oleh kesemua Pemegang
    25. 06.2009 9,218 •            ABASS dan SPLASH bersetuju menerima tawaran

    •            SYABAS dan Puncak menolak

    tawaran

    31.01.2010 9,227 Ditolak

    Konsesi

    oleh kesemua Pemegang

     

    Dalam menetapkan kos yang diperlukan untuk pengambilalihan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor amat menitikberatkan harga berpatutan yang tidak membebankan pengguna di samping tidak merugikan mana-mana pihak. Elemen-elemen yang telah diambil kira dalam membuat penilaian harga tawaran adalah:-

     

    1. jumlah pelaburan yang telah dibuat oleh pemegang saham di dalam Syarikat Konsesi Air;

     

    1. tempoh pelaburan yang telah dibuat;

     

    • jumlah hutang yang ditanggung;

     

     

     

    1. PAAB akan mengambil alih aset air dari SPV Air pada nilaian aset bersamaan dengan 1 kali Nilai Buku (1x Book Value); dan

     

    1. pulangan keuntungan sebanyak 12%

     

    Harga yang ditawarkan kepada Pemegang Konsesi adalah mengandungi nilaian aset, nilaian ekuiti dan liabiliti termasuk bon yang ditanggung oleh Pemegang Konsesi yang berkaitan khusus dengan perkhidmatan air sahaja. Harga yang ditawarkan adalah anggaran sahaja. Harga sebenar akan ditentukan selepas proses due diligence disempurnakan. Sebarang perbezaan dan/atau ketidaktepatan ke atas nilai yang dianggarkan selepas proses due diligence disempurnakan, maka nilai sebenar yang akan dibayar kepada Pemegang Konsesi akan diselaraskan sebagaimana patut.

     

    Sekiranya tawaran tersebut tidak dipersetujui oleh syarikat konsesi dari segi tawaran, maka Kerajaan Negeri Selangor akan merujuk perkara berkaitan nilaian tersebut kepada Badan Timbang Tara Bebas Antarabangsa (lndependent international Arbitration). Kerajaan Negeri Selangor berpandangan bahawa rujukan kepada Badan Timbang Tara Bebas ini adalah bertujuan untuk menentukan fair market value di mana semua pemegang saham di dalam syarikat konsesi akan dibayar pampasan yang adil dan munasabah. Tidak ada mana-mana pihak yang akan mengalami kerugian dari pelaburan yang telah mereka buat di dalam industri tersebut.

     

    Sehingga hari ini, penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor di bawah Model Holistik masih belum dapat dimuktamadkan. Kerajaan Negeri Selangor telah menulis beberapa pucuk surat kepada YAB Timbalan Perdana Menteri dan YB Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, namun masih belum mendapat persetujuan bersama di dalam memuktamadkan penstrukturan semula ini.

     

    Memandangkan terdapat kepentingan dan kesegeraan untuk memuktamadkan penstrukturan semula ini, YAB Dato’ Menteri Besar di dalam kepada YAB Timbalan Perdana Menteri telah menggesa supaya diadakan mesyuarat di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Jawatan Kuasa Khas Kabinet Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor. Setakat 31 Oktober 2012, Kerajaan Negeri Selangor masih belum menerima apa-apa maklum balas dari YAB Timbalan Perdana Menteri ke atas cadangan mesyuarat dengan Jawatan Kuasa Khas Kabinet Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor dan juga belum ada maklum balas lain dari YB Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.