PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR
40) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri telah melancarkan kempen massa dan demonstrasi agar industri air di Selangor diambil alih kerajaan negeri. Apakah impak positif terhadap rakyat hasil daripada kempen tersebut?
- Kempen tersebut boleh dikatakan mempunyai impak yang sangat positif kepada projek penstrukturan semula industri air di negeri Selangor. Selepas kempen Kembalikan Hak Air kepada Rakyat Negeri Selangor dijalankan pada bulan Disember 2010, Kerajaan Persekutuan telah memberi kelulusan supaya Kerajaan Negeri Selangor diberi mandat untuk memberi tawaran semula kepada keempat-empat syarikat konsesi air di negeri Selangor. Selain daripada itu, kefahaman dan kesedaran rakyat negeri Selangor mengenai isu penstrukturan air negeri Selangor telah berkembang hasil daripada kempen. Ini dapat dicapai melalui siri ceramah yang dilaksanakan di merata kawasan di negeri Selangor. Selain daripada itu, kempen tandatangan juga dilaksanakan di mana lebih daripada 500,000 diperolehi untuk menyokong pendirian Kerajaan Negeri Selangor. Laman web airuntukrakyat.net juga dilaksanakan supaya orang awam dapat mendapat maklumat secara lebih teliti.
