Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

138) PENSTRUKTURAN KORPORAT KDEB

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pinjaman dan bayaran balik pinjaman Kerajaan Negeri kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi tujuan penstrukturan korporat dan pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) yang berjumlah RM 413 juta ?

    Pinjaman sebanyak RM413.2 juta kepada KDEB oleh Kerajaan Negeri Selangor telah disalurkan sepenuhnya pada Oktober 2013. KDEB mempunyai tempoh selama satu tahun dari Oktober 2013 untuk membuat pembayaran balik kepada Kerajaan Negeri Selangor. KDEB sedang dalam perbincangan akhir dengan institusi kewangan untuk menerbitkan Redeemable Non-Convertible Unsecured Loan Stock (“RULS”) bagi tujuan pembayaran balik pinjaman Kerajaan Negeri tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.