Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

210) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) akan menstrukturkan semula industri air?

    Langkah untuk menyusun semula Industri Perkhidmatan Air di Negeri Selangor adalah selaras dengan hasrat dan matlamat Kerajaan Persekutuan untuk menyusun semula industri perkhidmatan air ke arah satu perkhidmatan yang efisien, efektif, berdaya saing dan mapan. Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 21/2007 yang bersidang pada 11 Julai 2007, telah bersetuju dengan penyusunan semula Pemegang Konsesi Air Selangor di bawah satu konsortium yang akan diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

    Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) melalui surat bertarikh 11 Februari 2008 telah memaklumkan Kerajaan Negeri Selangor bahawa melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 Januari 2008 telah menimbangkan dan memutuskan:-

    1. supaya KDEB mengambil alih operasi dan penyelenggaraan bagi rawatan dan pembekalan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk Loji Langat 2; dan
    2. supaya Kerajaan Negeri Selangor bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dalam melaksanakan penstrukturan semula perkhidmatan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya secara holistik. KDEB akan menjadi peneraju utama dalam konsortium

    Pada 22 Januari 2008, PAAB telah memberikan taklimat kepada Kerajaan Negeri Selangor menerangkan mengenai peranan PAAB di dalam penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara.

    Rundingan dan perbincangan telah diadakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan KTTHA semenjak tahun 2008. Beberapa siri perbincangan juga telah diadakan di antara YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dengan YB Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air bermula dari 20 April 2009.

    Bagi merealisasikan cadangan penstrukturan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan tawaran bagi mengambil alih Syarikat Konsesi Air sebanyak lima kali seperti berikut:-

     

    Tawaran/ Nilai tawaran JUMLAH (RM/JUTA) Status
    13.02. 2009 5,709 Ditolak oleh kesemua Pemegang Konsesi
    25. 06.2009 9,218 ·            ABASS      dan      SPLASH      bersetuju menerima tawaran

    ·            SYABAS dan Puncak menolak tawaran

    31.01.2010 9,227 Ditolak oleh kesemua Pemegang Konsesi
    20.2.2013 9,651 ·            ABASS dan SPLASH bersetuju dengan syarat

    ·            Puncak Niaga Holdings iaitu pemegang saham SYABAS dan Puncak memaklumkan bahawa mereka     tidak                                  dapat mempertimbangkan tawaran itu tetapi menyatakan kesediaan untuk perbincangan lanjut  mengenai tawaran masing-masing.

    21.11.2013 9,651 ·            ABASS bersetuju dengan syarat

    ·            Puncak Niaga Holdings dan SPLASH menolak tawaran.

     

     

    Bagi melaksanakan Model Holistik Negeri Selangor tersebut, KDEB akan mengambilalih 100% kepentingan ekuiti di dalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (“SYABAS”), Puncak Niaga Sdn Bhd (“PNSB”), Titisan Modal Sdn Bhd (“TMSB”) yang mengusai kepentingan di dalam Konsortium ABASS Sdn Bhd (“ABASS”) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Berhad (“SPLASH Holdings”) yang menguasai kepentingan di dalam Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (“SPLASH”).

    Terma dan syarat kepada tawaran tersebut adalah seperti berikut:-

    1. Nilai tawaran yang akan dibuat kepada kesemua Pemegang Konsesi Air adalah berjumlah 6b;

     

    1. Nilai tawaran tersebut adalah setelah mengambil kira pulangan ekuiti Pemegang Konsesi iaitu sebanyak 12% setahun dan juga nilai Aset-Aset Air yang akan disuntik kepada Pengurusan Aset Air Berhad (“PAAB”).

     

    • Kadar pulangan ekuiti 12% adalah dikira sehingga 31 Disember 2012 (tanpa “Compounding”) dan setelah ditolak dengan dividen yang telah dibayar sebelum ini;

     

    1. Ekuiti yang akan diambilalih termasuklah semua bentuk instrumen pelaburan dan sumbangan daripada pemegang saham e.g. saham biasa, saham keutamaan, pendahuluan dan juga mengambil kira instrument hutang-ekuti (debt-equity instruments) sekiranya

     

    1. Dari segi liabiliti yang akan di ambil alih, tawaran tersebut juga merangkumi pengambilalihan kesemua hutang-hutang berkaitan industri yang ditanggung oleh Pemegang Konsesi seperti:-

     

    • Bond-Bond samaada yang telah diambil alih oleh Acqua SPV Berhad (“Acqua SPV”) atau yang masih berada di pasaran modal;

     

    • Pinjaman berpenggal, atau;

     

    • Pinjaman Kerajaan (jika berkaitan).

     

    1. PAAB akan membuat keputusan ke atas pembayaran lebihan Nilai Buku Aset ke atas liabiliti, dan sekiranya bersetuju akan dibayar terus oleh kepada Pemegang

     

    • Bayaran nilai tawaran akan dibuat secara

     

    • Nilai tawaran akhir adalah tertakluk kepada proses “due diligence” yang akan dibuat.

     

     

    1. Syarat-syarat lain termasuklah segala kelulusan yang perlu diperolehi oleh Pemegang Konsesi seperti kelulusan pemegang-pemegang saham, kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan dan semua agensi berkaitan, kelulusan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan semua agensi berkaitan serta kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Acqua SPV dan juga pembiaya kewangan (jika berkaitan).

     

    Sekiranya tawaran tersebut tidak dipersetujui oleh syarikat konsesi dari segi tawaran, maka Kerajaan Negeri Selangor akan merujuk perkara berkaitan nilaian tersebut kepada Badan Timbang Tara Bebas Antarabangsa (Independent International Arbitration). Kerajaan Negeri Selangor berpandangan bahawa rujukan kepada Badan Timbang Tara Bebas ini adalah bertujuan untuk menentukan fair market value di mana semua pemegang saham di dalam syarikat konsesi akan dibayar pampasan yang adil dan munasabah. Tidak ada mana-mana pihak yang akan mengalami kerugian dari pelaburan yang telah mereka buat di dalam industri tersebut.

    Walaupun beberapa tawaran pengambilalihan telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor dan KDEB serta usaha gigih Kerajaan negeri untuk berunding dan berbincang bersama dengan pihak Pemegang Saham Syarikat Konsesi Air Selangor, namun cadangan penstrukturan semula Syarikat Konsesi Air Selangor atas dasar “willing buyer willing seller” tidak mencapai persetujuan bersama untuk dimuktamadkan pada tarikh tamat tempoh rundingan iaitu 31 Disember 2013. Faktor utama yang menyebabkan kegagalan tersebut adalah disebabkan oleh tuntutan melampau mengenai anggaran nilai ekuiti Pemegang Konsesi Air.

    Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) melalui surat bertarikh 09 September 2013 menyatakan keputusan Jemaah Menteri yang bersidang pada 28 Ogos 2013 bahawa sekiranya urusan pengambilalihan Syarikat Konsesi Air atas dasar “willing buyer willing seller” masih tidak dapat diselesaikan sehingga 31 Disember 2013, Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan atas dasar kepentingan Negara mengambil tindakan mengikut Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) mulai 01 Januari 2014.

    Rundingan dan perbincangan di antara wakil Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan terus dijalankan dalam usaha untuk memuktamadkan penstrukturan semula ini di mana akhirnya persefahaman di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah dicapai supaya satu Memorandum Persefahaman dimaterikan sebagai permulaan kepada pelaksanaan penstrukturan semula.

    Salah satu terma di dalam Memorandum Persefahaman yang telah ditandatangani pada 26 Februari 2014 adalah untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor dan pelaksanaan Projek Langat 2. Bagi memuktamadkan penstrukturan semula,

     

    Kerajaan Negeri Selangor melalui KDEB telah sekali mengemukakan tawaran pengambilalihan Syarikat Konsesi Air di mana tempoh tawaran tersebut tamat pada 10 Mac 2014. Status tawaran tersebut adalah seperti berikut:-

     

    Bil Syarikat Konsesi Air Status
    (a) Titisan Modal Sdn Bhd (“TMSB”), Syarikat Induk kepada Konsortium ABASS Sdn Bhd (“ABASS”) ·               secara prinsipnya ABASS bersetuju menerima tawaran harga daripada Kerajaan Negeri Selangor dan akan memaklumkan Pemegang Saham mengenai penerimaan tawaran tersebut
    (b) Viable Chip (M) Sdn Bhd, Pemegang 30% ekuiti di dalam SPLASH ·               secara prinsipnya bersetuju menerima tawaran harga daripada Kerajaan Negeri Selangor
    (c) Gamuda     Berhad,                    Pemegang 40% ekuiti di dalam SPLASH  

    Tidak bersetuju harga daripada Selangor

     

    menerima Kerajaan

     

    tawaran Negeri

    (d) The Sweet Water Alliance Sdn Bhd, Pemegang 30% ekuiti di dalam SPLASH
    (e) Puncak Niaga Holding Berhad, Pemegang 70% ekuiti dalam SYABAS bersedia untuk “mempertimbangkan” tawaran oleh kerajaan negeri tertakluk kepada beberapa syarat:-
    (f) Puncak Niaga Holding Berhad, Pemegang 100% ekuiti dalam Puncak Niaga (M) Sdn Bhd  

    (i) pulangan yang lebih tinggi ke atas ekuiti sebanyak 15% dan bukannya 12%,

        (ii) bayaran            penuh                           pampasan dipertikaikan bukan peningkatan- dalam kenaikan tarif air oleh kerajaan negeri,
        (iii) penolakan proses ketekunan wajar (due diligence) oleh kerajaan negeri ke atas aset Puncak Niaga dan SYABAS; dan
        (iv) penolakan ke atas proses timbang tara antarabangsa sekiranya berlaku perbezaan pendapat tentang  pulangan yang sesuai ekuiti

    Setakat 10 Mac 2014, penstrukturan semula ini masih belum dapat dimuktamadkan lagi. Kerajaan Negeri Selangor telah memaklumkan KTTHA sekiranya penstrukturan semula ini tidak dapat dimuktamadkan, beberapa masalah akan timbul di kalangan Syarikat Konsesi Air antaranya adalah:

    • kekangan aliran tunai yang dihadapi oleh SYABAS hingga menyebabkan SYABAS berada dalam keadaan keberhutangan yang sangat meruncing hingga menyebabkan kegagalan dalam membayar harga pembelian air kepada Operator Rawatan Air di mana ini mengakibatkan SYABAS mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM5.0 billion
    • kekangan aliran tunai SYABAS telah menyebabkan bayaran separa 42%dibayar kepada Operator Rawatan Air yang sekali gus turut menjejaskan aliran tunai Operator Rawatan Air yang mana jika tidak diatasi boleh menjejaskan operasi disebabkan kenaikan tarif air yang ditangguhkan oleh Kerajaan Negeri sehingga proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air dimuktamadkan;
    • SYABAS tidak berkemampuan dan tidak kompeten di dalam memenuhi obligasi di bawah Perjanjian Konsesi dalam mencapai sasaran pengurangan Non Revenue Water (NRW) sebanyak 20% seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perjanjian Konsesi walaupun SYABAS telah diberikan bantuan kewangan dari Kerajaan Persekutuan untuk menangani
    • Keadaan industri yang tidak holistik akan terus menyumbangkan kepada pengurusan air yang tidak cekap dan kos operasi yang sangat tinggi seperti kadar Bulk Supply Rate (BSR), Fixed Monthly Payment (FMP), kos yang mana semua kos ini akan dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan tarif yang tinggi lagi

    Kerajaan Negeri Selangor telah menyarankan selaras dengan MOU tersebut supaya pihak KTTHA melalui YB Menteri menguatkuasakan pemakaian Seksyen

    114 Akta 655 ke atas SYABAS dan Seksyen 191 Akta yang sama ke atas Puncak Niaga dan SPLASH sebagai langkah untuk menyelesaikan risiko-risiko yang dikenal pasti akibat dari penstrukturan semula industri air tidak dapat dimuktamadkan. Namun sehingga kini, rundingan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan masih belum mencapai persetujuan bersama dalam memuktamadkan penstrukturan tersebut.

    Sekiranya penstrukturan ini dapat dimuktamadkan di bawah Model Holistik yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, KDEB akan mengambil alih peranan dan tanggungjawab Pengarah dan Lembaga Pengarah dalam Syarikat

     

    Pemegang Konsesi sedia ada. Kerajaan Negeri selangor melalui KDEB akan meneliti dan merundingkan semula terma-terma utama perjanjian konsesi sedia ada terutamanya perkara berkaitan dengan kadar harga air pukal, kadar tarif air yang dibayar oleh pengguna, menyemak keperluan pelan pelaburan dan menyelesaikan hal-hal berkaitan dengan isu komersial termasuk menyelesaikan hutang-hutang sedia ada. Seterusnya KDEB dengan persetujuan  Kerajan  Negeri Selangor akan melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan bekalan air kepada pengguna tidak terjejas. Tindakan-tindakan lanjut yang boleh dibuat mengikut rancangan Kerajaan Negeri Selangor dan KDEB dalam menyusn semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor ini hanya boleh dilaksanakan setelah penstrukturan semula industri perkhidmatan air ini dimuktamadkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.