Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

128) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Perincian pelan strategik bagi 12 bulan pertama setelah empat syarikat konsesi air berjaya diambilalih dan senarai lengkap mereka yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan sehingga ke peringkat penawaran saham air kepada rakyat.

    Bagi menyiapkan pelan strategik berkenaan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) perlu membuat penilaian menyeluruh ke atas semua syarikat pemegang konsesi daripada segi teknikal ataupun kewangan termasuk mengkaji semula prestasi masa lalu (historical performance) syarikat-syarikat berkenaan. Langkah ini adalah penting bagi menjamin pelan strategik yang komprehensif dan holistik dapat dihasilkan dengan mengambil kira segala faktor penting yang menyumbang kepada kecekapan dan keberkesanan industri perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

    Penilaian menyeluruh ini akan dilaksanakan setelah Air Selangor mengambil alih kesemua empat buah syarikat pemegang konsesi berkenaan. Rancangan penstrukturan semula air di Selangor adalah diterajui oleh YAB Menteri Besar dan dikelolakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (“UPEN”) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, syarikat milik Kerajaan Negeri.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.