Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

157) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Jaminan Kerajaan Negeri memastikan kos keseluruhan pengambilalihan empat syarikat konsesi air tidak melebihi RM9.65 billion serta tindakan yang bakal diambil terhadap pihak yang cuba melengahkan atau menggagalkan usaha menyusun semula industri air Selangor.

    Memorandum Persefahaman (“Memorandum of Understanding, MOU”) yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor pada 26 Februari 2014 telah menetapkan nilai indikatif untuk pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air sebanyak RM9.65 bilion. Lanjutan daripada itu dan selaras dengan peruntukan MOU, suatu Perjanjian Utama (“Master Agreement”) yang menetapkan syarat dan terma penstrukturan semula industri air Selangor telah ditandatangani pada 12 September 2014. Ini diikuti dengan Perjanjian Tambahan (“Supplemental Agreement”) kepada Perjanjian Utama pula yang telah ditandatangani pada 10 Julai 2015 bertujuan untuk mempercepatkan penyelesaian kepada Perjanjian Utama. Oleh yang demikian, tidak timbul sebarang isu berkaitan sama ada kos pengambilalihan akan melebihi jumlah RM9.65 bilion yang telah dipersetujui atau tidak.

Lampiran

Tiada Lampiran.