Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

148) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sekiranya Kerajaan Negeri Selangor telah menyelesaikan rundingan bersama Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Berhad (SPLASH) dan perincian pelan tindakan untuk mengurangkan gangguan bekalan air di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor yang kian meruncing sejak kebelakangan ini

    Untuk menambahbaikkan sistem perkhidmatan bekalan air di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi bagi mengendali dan menyelenggarakan sistem rawatan dan agihan bekalan air.

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1.3 bilion untuk pembangunan dua loji rawatan air baharu (Semenyih 2 dan Labohan Dagang) dan kos penggantian paip-paip lama sepanjang 422 kilometer.

    Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui Air Selangor akan membaik pulih 40 rumah pam dan 50 buah kolam takungan air sedia ada dengan kapasiti keseluruhan sebanyak 239 juta liter secara berperingkat dari 2017 sehingga 2019. Kerja-kerja membaiki 11 buah kolam takungan air dengan kapasiti 59 juta liter dan rumah pam sedang dilaksanakan untuk diguna pakai apabila siap sepenuhnya.

    Kerja-kerja penggantian paip lama sedang giat dijalankan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada hujung tahun 2019. Air Selangor sedang dan akan terus mengenal pasti kawasan-kawasan lain yang memerlukan penggantian paip lama.

    Bagi mengurangkan kadar air tidak berhasil dari 32% ke 29% pada hujung tahun 2019,  Air Selangor telah menubuhkan pasukan terdiri daripada 150 warga kerja sepenuh masa untuk mengesan kebocoran di saluran paip untuk dibaiki.

Lampiran

Tiada Lampiran.