Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

50) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR DENAGN SPLASH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini penstrukturan semula industri air Selangor antara SPLASH dengan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memandangkan perkara ini masih belum dimuktamadkan dan tempoh rundingan sepanjang satu tahun hampir akan tamat sekitar pertengahan tahun 2015?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah mengemukakan tawaran pada 26 Februari 2014 untuk mengambil alih empat (4) syarikat konsesi air yang sedia ada (iaitu PNSB, SPLASH, ABASS dan SYABAS) pada nilai RM9,651juta.

    Tawaran yang bernilai RM9,651 juta adalah berdasarkan nilai syarikat- syarikat konsesi air yang mengambil kira dua bahagian: –

    • Ekuiti dan Pulangan ke atas ekuiti (ROE); dan
    • Liabiliti yang akan Diambil alih
    • Ringkasan tawaran  yang    telah    dikemukakan  oleh    KDEB    kepada pemegang-pemegang saham 4 syarikat konsesi adalah seperti berikut:
     

    RM Juta

     

    Puncak

     

    SYABAS

     

    SPLASH

    TMSB / ABASS  

    Jumlah

    ROE 1,117.5 520.5 250.6 86.2 1,974.7
    Liabiliti yang akan DIambilalih 1,359.5 3,827.4 1,584.0 906.0 7,676.9
    Jumlah 2,477.0 4,347.8 1,834.6 992.2 9,651.6

     

    1. Pemegang-pemegang saham utama Puncak, SYABAS dan TMSB / ABASS secara prinsip telah bersetuju untuk menerima tawaran KDEB tertakluk kepada beberapa syarat-syarat dan rundingan

     

    1. Namun, pemegang-pemegang saham utama SPLASH telah menolak tawaran KDEB atas alasan bahawa nilai tawaran hanya mewakili 10% daripada nilai buku aset Oleh demikian, Kerajaan Negeri sedang melantik jurunilai bebas untuk mengkaji dan menentukan nilai sebenar SPLASH.

     

    1. Di dalam Perjanjian Utama (Master Agreement) yang telah ditandatangani pada 12 September 2014 di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah diperuntukkan bahawa Air Selangor hendaklah memastikan bahawa ia akan berusaha untuk memperoleh ekuiti dalam Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dalam tempoh dua belas (12) bulan dari Tarikh Penyelesaian (completion date). Dalam Perjanjian Utama juga telah diperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan hendaklah dengan sedaya- upaya memudahkan Air Selangor dalam memperolehi

     

    • Memandangkan tempoh rundingan dengan SPLASH akan berakhir dua belas (12) bulan daripada Tarikh Penyelesaian Perjanjian Utama, perbincangan di antara Air Selangor dan SPLASH masih

Lampiran

Tiada Lampiran.