Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

204) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah polisi, program dan langkah-langkah yang pasti dapat menjamin kadar tarif yang munasabah?

    Pada masa ini, Perjanjian Konsesi SYABAS, memperuntukkan kadar kenaikan

    tarif setiap tiga tahun sekali seperti berikut:-

    Pelarasan Tarif   Tarikh Pelarasan Tarif   Average Schedule Tariff
    (RM/mᵌ)
       
    Pelarasan Pertama 01 Januari 2006 1.39
    Pelarasan Kedua 01 Januari 2009 1.90
    Pelarasan Ketiga 01 Januari 2012 2.38
    Pelarasan Keempat 01 Januari 2015 2.86
    Pelarasan Kelima 01 Januari 2018 3.15
    Pelarasan Keenam 01 Januari 2021 3.31
    Pelarasan Ketujuh 01 Januari 2024 3.48
    Pelarasan Kelapan 01 Januari 2027 3.65
    Pelarasan Kesembilan 01 Januari 2030 3.83

    Dalam melaksanakan penyusunan semula perkhidmatan air di Negeri Selangor,

    Kerajaan Negeri telah mengambil kira aspek-aspek berikut:-

    1. Menjurus kepada penamatan perjanjian-perjanjian konsesi air sedia ada yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan pemegang konsesi;
    2. Meneliti dan menstrukturkan semula kos-kos operasi terutamanya pembelian air terawat yang pada masa ini amat membebankan;
    3. Mengenakan tarif air pada kadar yang munasabah dan berasaskan prestasi dan pencapaian KPI syarikat pengendali perkhidmatan;
    4. Memastikan struktur baru yang diwujudkan mengutamakan peningkatan tahap kecekapan dan     keberkesanan          perkhidmatan serta memperkukuhkan integriti, daya saing dan kemapanannya; dan
    5. Melibatkan PAAB di peringkat awal dalam proses pengambilalihan dan penyusunan semula ini.

    Melalui Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, Kerajaan Negeri Selangor akan memastikan bahawa SPV yang bakal diwujudkan di bawah Model dipantau sepenuhnya bagi memastikan SPV ini beroperasi dengan mementingkan kualiti dan keberkesanan operasi dan bukannya mengaut keuntungan.  Sebagai SPV yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa penuh untuk memantau agar SPV ini akan mendapat one time profit, yang mana keuntungan yang akan dijana adalah tidak melebihi 9%.  Dengan keuntungan yang tidak melampaui, SPV akan dapat mengekalkan kadar tarif yang munasabah.  Kenaikan tarif di dalam operasi memang tidak dapat dihalang berikutan dengan kenaikan kos bahan mentah dan kos operasi, namun kenaikan tarif tersebut akan dipastikan tidak melebihi 12%.

    Selain dari itu, SPV yang beroperasi secara holistik ini dapat mengekang pemindahan harga (transfer pricing) dan ini dapat memastikan kos operasi yang tidak membebankan iaitu tidak lebih dari RM0.36per unit.  Syarikat SPV tidak akan dibebani dengan terma pembelian minima atau caj kapasiti yang tinggi. Ini dapat memastikan kadar tarif munasabah dapat dicapai.

    Melalui peranan yang diambil oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB),   SPV tidak di beban dengan Kos Pembangunan (CAPEX) kerana ia akan diambil alih oleh PAAB.  Dengan kaedah ini, kos pembangunan tidak akan dipindahkan kepada pengguna dalam bentuk kenaikan tarif.

    Di bawah rejim pelesenan, SPAN melalui peruntukkan di bawah Akta 655 boleh mengesyorkan kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan aras kadar yang hendak dicajkan bagi perkhidmatan air  termasuk kadar air pukal dan kadar tarif air.

Lampiran

Tiada Lampiran.