Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

74) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN BEKALAN AIR SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah semua Condition Precedent (CPs) dalam perjanjian utama penstrukturan semula air telah diselesaikan sekarang?

     

    a), b) dan c)

     

    Saya ingin memberikan maklum balas kepada Yang Berhormat Damansara Utama berhubung pertanyaan beliau sama ada CPs ataupun Condition Precedent dalam perjanjian utama penstrukturan semula air telah pun diselesaikan. Jawapan saya ialah yes, ataupun ya. Kesemua CPs telah pun dipenuhi seperti yang diperuntukkan dalam perjanjian utama penstrukturan semula air. Yang Berhormat Damansara Utama sedia maklum bahawa kerajaan negeri telah pun memeterai perjanjian tambahan ke atas perjanjian utama pada 10 Julai 2015 yang lalu di mana pada tarikh ini kerajaan negeri telah berjaya merungkai kemelut panjang industri perkhidmatan air dan akhirnya rakyat negeri Selangor berjaya memiliki semula perkhidmatan air untuk diurus secara holistik, ke arah perkhidmatan yang berteraskan ketelusan, kebertanggungjawaban, efisien, cost effective serta dikawal penuh oleh kerajaan negeri. Untuk makluman Yang Berhormat Damansara Utama, bermula pada 15 Oktober 2015, pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. atau Air Selangor, telah pun mengambil alih secara rasminya pengurusan dan operasi SYABAS dan Puncak Niaga Sdn Bhd. dan Insya-Allah pada 9 November ini saya bersama dengan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan turun ke ibu pejabat SYABAS sebagai tanda secara rasminya Kerajaan Negeri mengambil alih operasi SYABAS dan Puncak Niaga dan dalam lawatan kerja ini saya akan bertemu dengan semua tenaga kerja dan warga kerja SYABAS untuk memberikan semangat dan motivasi kepada mereka dan memberi jaminan bahawa mereka tidak akan diberhentikan kerja dan kita akan memberikan penjelasan tentang dasar-dasar Kerajaan Negeri bagaimana

     

    pengurusan air ini harus dilakukan. Sebagai tanda kejayaan awal, sukacita juga saya memaklumkan sebaik sahaja Air Selangor mengambil alih secara rasmi SYABAS dan Puncak Niaga pada 15 Oktober yang lalu, kolam-kolam perkhidmatan ataupun service reservoir di taman-taman perumahan berada dalam tahap yang cukup selesa untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna-pengguna. Soalan yang ketiga daripada Damansara Utama tentang perkembangan pengambilalihan SPLASH, saya ingin memaklumkan bahawa pengambilalihan SPLASH masih belum dimuktamadkan lagi kerana seperti yang saya nyatakan semalam pemegang-pemegang saham utama SPLASH telah menolak tawaran awal yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri maka Kerajaan Negeri telah pun melantik penilai bebas untuk mengkaji dan menentukan nilai sebenar yang adil dibayar kepada SPLASH. Untuk makluman Dewan juga dalam perjanjian utama telah pun diperuntukkan bahawa Air Selangor hendaklah memastikan ia akan berusaha untuk memperolehi ekuiti dalam syarikat pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. ataupun SPLASH dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penyelesaian ataupun the date of completion dan dalam perjanjian utama juga telah diperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan juga bertanggungjawab untuk sedaya upaya memudahkan Ais Selangor memperolehi SPLASH dan tempoh ini akan berakhir pada September 2016. Memandangkan tempoh rundingan dengan SPLASH akan berakhir 12 bulan daripada tarikh penyelesaian perjanjian utama iaitu pada 10 Julai yang lalu maka perbincangan di antara Air Selangor dan SPLASH masih lagi berjalan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.