Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

186) PENSTRUKTURAN SEMULA PENGUTIPAN SAMPAH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah penambahbaikan dalam Penstrukturan Semula Pengutipan Sampah?

    • Melalui penelitian saya, terdapat soalan yang sama yang telah ditanyakan tentang perkara berkaitan penstrukturan semula pengutipan sampah. Soalan tersebut adalah soalan bertulis dari Y.B. Tuan Ng Suee Lim iaitu:
    No Soalan DUN Soalan
    198 Sekinchan Penstrukturan Semula Pengutipan Sampah

     

    a)    Sila kemukakan butiran terperinci tentang cadangan tersebut?

     

    b)    Sila nyatakan nama syarikat yang diberi mandat untuk melaksanakan kerja-kerja penstrukturan tersebut?

     

    c)    Sila nyatakan apakah kelebihan cadangan tersebut jika dibandingkan dengan kaedah pengutipan sampah sedia ada?

    • Izinkan saya untuk menjawab bersekali soalan ini yang telah dibangkitkan seperti yang saya nyatakan tadi memandangkan semua soalan tersebut merujuk kepada perkara yang sama.
    • Isu pengutipan sampah secara amnya adalah suatu isu yang sentiasa dibincangkan pada setiap kali Persidangan Dewan Negeri. Mekanisme pengurusan sisa pepejal perlu dirombak kerana mekanisme sedia ada yang diguna pakai masih tidak dapat menyelesaikan pengurusan sisa pepejal dengan efektif dan berkesan.
    • Mengambil maklum akan perkara itu, pihak Kerajaan Negeri telah mengadakan beberapa siri kajian sebagai langkah proaktif bagi menilai semula keberkesanan serta prestasi perkhidmatan pengurusan kutipan sampah di semua PBT.
    • Hasil daripada kajian tersebut, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh PBT iaitu:
    • Tiada sasaran dan dasar pengurusan sisa pepejal;
    • Proses penilaian kontraktor sedia ada tidak memuaskan;
    • Tiada penyeragaman skop tender dan kerja;
    • Lori sisa pepejal yang tidak bersesuaian digunakan dan tidak diselenggara dengan baik;
    • Pekerja tidak mengenakan pakaian seragam dan mengabaikan aspek keselamatan serta kebajikan;
    • Data pengurusan sisa pepejal yang amat lemah; dan
    • Pengurusan pusat aduan permasalahan (hotline) yang kurang memuaskan dan tidak
    • Tempoh kontrak yang singkat;
    • Pengurusan kontrak kutipan dan pembersihan awam yang dilaksanakan secara berasingan; dan
    • Kadar harga kontrak yang tidak berubah berbanding dengan bilangan penduduk dan pembangunan yang pesat (no economies of scale)
    • Berlandaskan kepada hasil kajian tersebut, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membuat penstrukturan semula sistem pengutipan sampah dengan menubuhkan Project Management Company (PMC) di bawah Kerajaan Negeri bagi menguruskan dan memantau keseluruhan rantaian operasi sisa pepejal dari proses kutipan sehinggalah kepada pelupusan dan pembersihan awam.
    • Melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 7/2016 yang diadakan pada 24 Februari 2016 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 8/2016 pada 2 Mac 2016, syarikat milik penuh Kerajaan Negeri iaitu KDEB Waste Management Sdn Bhd telah pun dilantik sebagai PMC bagi pelaksanaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam secara bersepadu yang akan diterokai di Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebagai projek perintis (Pilot Project) yang dijadualkan akan bermula pada pertengahan tahun 2016.
    • Di antara kelebihan-kelebihan PMC ini adalah :
    • PMC adalah suatu entiti bebas yang hanya mengendalikan operasi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan tidak terlibat di dalam operasi kutipan (no conflict of interest);
    • Proses perolehan kontraktor di zon-zon yang memerlukan kontraktor/kontraktor tambahan perlu dilaksanakan secara tender terbuka bagi mengelakkan pemonopolian;
    • Memperkenalkan sistem pengurusan yang lebih telus dan berkesan dengan mengasingkan peranan paymaster (PBT) dan PMC;
    • Memberikan latihan yang komprehensif kepada kontraktor-kontraktor;
    • Menggabungkan kontraktor kutipan dan kontraktor pembersihan di dalam satu zon yang sama;
    • Memperkenalkan sistem pemantauan berasaskan KPI dengan parameter yang lebih dinamik;
    • Mewujudkan suatu sistem yang seragam daripada segi pelantikan kontraktor dan dokumen tender; dan
    • Mengkaji semula   kadar    harga   kontrak   sedia   ada    yang   rendah                   yang memberikan kesan kepada kecekapan kontraktor; dan
    • Sebuah syarikat yang mempunyai keupayaan kewangan untuk melabur dalam pembelian aset-aset dan harta modal (CAPEX).
    • Pihak UPEN akan menjadi agensi untuk mengenal pasti kejayaan dan kegagalan pengurusan PMC dalam projek perintis ini dan akan memperbaiki atau meningkatkan mutu perkhidmatan PMC di mana berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.