Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

258) PENSTRUKTURAN SEMULA PERBADANAN MENTERI BESAR (MBI)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan objektif penstrukturan semula anak syarikat MBI?

    Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) bertanggungjawab menjadi pemegang amanah terhadap aset-aset serta pelaburan Kerajaan Negeri selain melaksanakan dasar serta polisi Kerajaan

    Ketika ini, MBI masih tidak menjana pulangan optima khususnya daripada segi dividen kepada Kerajaan Negeri kerana mempunyai fungsi bertindih dan tidak dapat memberi fokus kepada aset dan pelaburan.

    Selepas penstrukturan semula anak-anak syarikat ini, MBI akan memberi lebih fokus kepada soal kebajikan dan kemakmuran rakyat di Selangor menerusi program-program seperti Hijrah, Wifi Selangorku, UNISEL, YAWAS dan sebagainya.

    Peranan MBI akan menjadi lebih jelas dan nyata untuk tujuan perancangan dan strategi.

    Penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) sebagai sebuah entiti korporat pula akan membolehkan MBI memberi tumpuan sepenuhnya kepada aspek tanggungjawab sosial manakala DEIG berfungsi sebagai syarikat induk pelaburan 100 peratus milik MBI dan mempunyai objektif lebih fokus untuk memberi sumbangan signifikan kepada Kerajaan Negeri melalui pengurusan yang mampan dan profesional serta mematuhi piawaian pentadbiran korporat di peringkat tertinggi.

Lampiran

Tiada Lampiran.