Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

94) PENSWASTAAN PARKING

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Syarikat-syarikat yang ditawarkan projek pengurusan tempat letak kereta di negeri Selangor. Sila senaraikan nama syarikat, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat dan jumlah kontrak setiap syarikat setiap tahun sejak tahun 2004.

    Kerajaan Negeri pada 1 April 1998 telah meluluskan pelaksanaan Sistem Kutipan Hasil
    Tempat Letak Kereta Bersepadu Secara Bayar Dan Peraga/Pay And Display (P&D) di
    seluruh negeri kepada dua (2) syarikat iaitu Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd.
    (SESB) dan Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. (GPSB). Tempoh konsesi adalah selama
    20 tahun bagi GPSB dan 25 tahun bagi SESB. Tiada perjanjian utama dengan Kerajaan
    Negeri. Perjanjian ditandatangani dengan PBT yang terlibat dengan kedua-dua syarikat
    konsesi.
    Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. diberi konsesi bagi Pihak Berkuasa Tempatan
    (PBT) berikut:-
    i) Majlis Bandaraya Shah Alam
    ii) Majlis Perbandaran Klang
    iii) Majlis Perbandaran Selayang
    iv) Majlis Perbandaran Ampang Jaya
    v) Majlis Perbandaran Kajang
    vi) Majlis Perbandaran Sepang (belum beroperasi)
    vii) Majlis Daerah Kuala Selangor (belum beroperasi)
    Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. pula diberi konsesi bagi PBT berikut:-
    i) Majlis Bandaraya Petaling Jaya
    ii) Majlis Perbandaran Subang Jaya
    iii) Majlis Daerah Kuala Langat
    iv) Majlis Daerah Hulu Selangor (belum beroperasi)
    v) Majlis Daerah Sabak Bernam (belum beroperasi)

Lampiran

Tiada Lampiran.