Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

103) PENSWASTAAN TEMPAT LETAK KERETA PBT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak konsesi penswastaan tempat letak kereta ditandatangani di kesemua 12 pihak berkuasa tempatan di Selangor sehingga sekarang dan siapakah syarikat-syarikat ini?

    Konsesi penswastaan tempat letak kereta diberi kepada dua (2) syarikat iaitu
    Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. (SESB) dan Syarikat Godell Parking Sdn.
    Bhd. (GPSB). Perjanjian-perjanjian adalah ditandatangani antara pihak
    berkuasa tempatan (PBT) dengan syarikat-syarikat berkenaan bermula pada
    tahun 1998. Tempoh konsesi adalah dua puluh lima (25) tahun bagi SESB dan
    dua puluh (20) tahun bagi GPSB.

    Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. diberi konsesi bagi Pihak Berkuasa Tempatan
    (PBT) berikut:-
    i) Majlis Bandaraya Shah Alam
    ii) Majlis Perbandaran Klang
    iii) Majlis Perbandaran Selayang
    iv) Majlis Perbandaran Ampang Jaya
    v) Majlis Perbandaran Kajang
    vi) Majlis Perbandaran Sepang (belum beroperasi)
    vii) Majlis Daerah Kuala Selangor (belum beroperasi)
    Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. pula diberi konsesi bagi PBT berikut:-
    i) Majlis Bandaraya Petaling Jaya
    ii) Majlis Perbandaran Subang Jaya
    iii) Majlis Daerah Kuala Langat
    iv) Majlis Daerah Hulu Selangor (belum beroperasi)
    v) Majlis Daerah Sabak Bernam (belum beroperasi)

Lampiran

Tiada Lampiran.