Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

126) PENSYARAH UNISEL

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. EXCO Pendidikan Tinggi ada menyatakan bahawa Institut Pengajian Tinggi kelolaan Selangor melantik pensyarah secara telus dan profesional tanpa melibatkan agenda politik. Apakah proses pelantikan yang telus dan profesional tersebut?

    Semua proses lantikan kakitangan Universiti Selangor dilaksanakan berdasarkan polisi dan prosedur lantikan yang sedia ada.

    Bagi jawatan Profesor, Jawatankuasa Pemilihan yang terlibat adalah terdiri daripada jawatankuasa berikut:

    Presiden & Naib Canselor                                          –          Pengerusi

    Seorang Ahli Lembaga Pengarah PIYSB                   –           Ahli

    Naib Presiden/Timbalan Naib Canselor (Akademik) –            Ahli

    Naib Presiden (Pengurusan Perkhidmatan)               –           Setiausaha

    Dekan dilantik (Berkenaan)                                        –           Ahli

Lampiran

Tiada Lampiran.