Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

92) PENTADBIRAN MUKIM DAN KAMPUNG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. ADUN memainkan peranan sebagai agensi Kerajaan Negeri melalui pentadbiran daerah dan juga mukim di bawah Penghulu Mukim. Sekiranya terdapat cukup bukti apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap Penghulu yang menerima dan menjalankan arahan selain daripada Pegawai Daerah?

    Penghulu Mukim yang ingkar akan arahan atau menjalankan arahan selain daripada Pegawai Daerah, Pegawai Daerah akan mengambil tindakan tatatertib dengan memberikan amaran serta mengemukakan surat tunjuk sebab supaya Penghulu Mukim berkenaan mematuhi dasar Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.