Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

217) PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai mekanisma penyelarasan antara pejabat-pejabat daerah bagi mengatasi masalah yang timbul berkaitan dengan kelulusan lesen kuari, lesen pengeluaran pasir dan isu laluan lori-lori yang merentas daerah?

    Kanun Tanah Negara menyatakan bahawa Pentadbir Tanah Daerah mempunyai kuasa di bawah Seksyen 426 di dalam daerahnya. Oleh yang demikian, Pentadbir Tanah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan penguatkuasaan walaupun ke atas lori-lori yang merentas daerah.

    Setiap Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) melalui Unit Penguatkuasaan sentiasa menjalankan rondaan, pemantauan, risikan, dan pemerhatian berkala bagi menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas lori atau jentera yang melakukan pengalihan bahan batuan (tanah merah, pasir, hasil kuari, dan sebagainya) tanpa dokumen yang sah.

Lampiran

Tiada Lampiran.