Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

290) PENTADBIRAN TANAH DAN SUMBER-SUMBER NEGERI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri telah menubuhkan badan khas untuk menyiasat segala penyelewengan yang berlaku berkaitan pentadbiran tanah dan sumber-sumber negeri. Senaraikan nama badan khas tersebut dan nyatakan tugasannya?

    Nama badan khas tersebut ialah Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT) yang telah ditubuhkan di bawah Peraturan 68A, Peraturan- peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor

     

    Tujuan jawatankuasa ini diwujudkan adalah untuk memeriksa dan memantau selia:

     

    1. Apa-apa kira-kira dan segala urusan pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah yang dibentangkan dalam Dewan;

     

    1. Apa-apa perkara berkaitan Pejabat daerah dan Tanah dalam penyata- penyata Juru Audit Negara yang dibentangkan dalam Dewan menurut Fasal (2) Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan; dan

     

    • Apa-apa perkara berkaitan Pejabat Daerah dan Tanah yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa atau apa-apa perkara yang disertakan oleh Dewan kepada jawatankuasa

     

Lampiran

Tiada Lampiran.