Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

33) PENTERNAK KECIL

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Selangor bantu penternak lembu daging dan lembu susu?

    1. Kerajaan Selangor membantu penternak lembu pedaging dan lembu tenusu dengan menyediakan berbagai-bagai bantuan fiskal dan perkhidmatan. Bantuan fiskal yang diagihkan setiap tahun kepada penternak berpotensi adalah:

     

    1. Bantuan ternakan pembiak bermutu tinggi,
    2. Peralatan menternak,
    • Bahan binaan untuk membesarkan atau membaiki kandang,
    1. Penanaman rumput (homeplot), dan
    2. Makanan

     

    Perkhidmatan yang disediakan untuk membantu penternak pula adalah:

     

    1. Konsultasi bagi memulakan projek baharu,
    2. Pengembangan veterinar untuk menasihati projek sedia ada terutama dalam aspek produktiviti, ekonomi ladang dan kawalan pencemaran,
    • Rawatan ternakan,
    1. Penyiasatan penyakit ternakan seperti post-mortem,
    2. Program pencegahan penyakit seperti pemvaksinan,
    3. Program pengawalan dan pembasmian penyakit ternakan seperti saringan sampel darah, dan

    Pembiakan secara permanian beradas

Lampiran

Tiada Lampiran.