Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

51) PENTERNAKAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Telah menjadi pengetahuan umum bahawa terdapat program-program kerajaan termasuk bantuan dan pembiayaan kewangan untuk aktiviti-aktiviti penternakan lembu, kambing, ayam dan ikan. Persoalannya adalah Berapa banyak program-programsebegini yang telah diperkenalkan untuk tujuan berdikari di kalangan penduduk miskin di DUN Bukit Melawati? Berikan butiran yang berkaitan

    Program bantuan ternakan telah dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan
    Veterinar. Bantuan yang telah disalurkan kepada penduduk di DUN Bukit
    Melawati adalah seperti berikut:-

    Nama Penerima Jenis Bantuan Bilangan Nilai Bantuan (RM)
    TAHUN 2005
    Shanmuganathan al PVC LembuTenusu 5 ekor 25,000.00 Pilai
    Abdullah Ismail Kolam kumbahan 10,000.00
    TAHUN 2006
    Amir Hamzah Lembu Pedaging 10 ekor 20,000.00
    KamzahAbdullah Mesin Chopper 1 unit 6,000.00
    TAHUN 2008
    MohamadJamil Mahidin Lembu Fidlot 15 ekor 30,00.00
    JUMLAH 91,000.00
    Selain bantuan dalam bentuk ternakan dan peralatan menternak Jabatan juga
    memberi perkhidmatan secara berterusan melalui Pejabat Perkhidmatan
    Veterinar Daerah Kuala Selangor.Antara perkhidmatanveterinar yang diberikan
    kepada penternakdi DUN Malawati adalah :
    i. Rawatanternakan dan ambulantori
    ii. PemeriksaanKesihatanTernakan untuk pemindahandan penyembelihan
    iii. Program KesihatanTernakan Gerompok (Herd Health Program)
    iv. PemvaksinanTernakan terutama penyakitKuku dan Mulut
    v. Khidmat nasihat teknikal berkaitan pembangunan projek dan pengurusan ternakan

Lampiran

Tiada Lampiran.