Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

105) PENTERNAKAN AYAM SECARA KOMERSIAL

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat membuat pindaan terhadap peruntukan Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 mengenai jarak dari kawasan kediaman? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya

    Kerajaan Negeri TIDAK berhasrat membuat pindaan terhadap peruntukan Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 mengenai jarak dari kawasan kediaman. Keputusan ini berasaskan kepada faktor-faktor berikut :

     

    • Pihak Kerajaan Negeri berpendapat perlu ada keseimbangan dalam proses menggubal undang-undang di mana kesejahteraan penduduk sekeliling masih terpelihara tanpa pencemaran dan gangguan DAN perkembangan industri unggas tetap tidak terjejas. Semua pihak mengetahui bahawa unggas terutamanya daging ayam dan telur ayam merupakan salah satu sumber protein yang termurah. Maka itu, industri ini perlu dipertahankan DI MANA YANG BOLEH kerana kekurangan sumber protein ini akan menyusahkan keseluruhan rakyat secara umumnya. Apatah lagi dalam keadaan penduduk negeri ini sentiasa bertambah 5% hingga 7% setiap tahun. Namun, kesejahteraan rakyat sekeliling ladang unggas tidak akan sekali-kali

     

    • Selain daripada aspek jarak dari rumah kediaman, Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 juga mempunyai seksyen-seksyen lain di bawahnya yang mampu mengawal penternak daripada menimbulkan masalah kepada masyarakat sekeliling. Seksyen-seksyen tersebut adalah :
      1. Seksyen 16 – kesalahan melepaskan sisa unggas atau kumbahan sisa unggas ke dalam sungai, anak sungai, dan sebagainya
      2. Seksyen 17 – kesalahan melepaskan atau mengeluarkan bau busuk atau tidak enak atau debu dari ladang
      3. Seksyen 18 – kesalahan membenarkan kawasan pembiakan lalat, serangga atau makhluk perosak

     

    • Jabatan dan agensi di bawah Kerajaan Negeri seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Pejabat Daerah dan Tanah, PBT, LUAS dan Jabatan

     

    Perancang Bandar dan Desa telah membuat  persefahaman bahawa jabatan  dan agensi ini akan berkongsi maklumat tentang sebarang cadangan pembangunan ladang unggas baharu, membuat siasatan dan mengesahkan bahawa ladang baharu berkenaan tidak akan menimbulkan masalah kepada masyarakat kelak.

     

    • Pada ketika ini, Kerajaan Negeri hanya membenarkan lagi pembinaan ladang baharu dengan sistem reban tertutup sahaja. Kerajaan sedang mendraf peraturan-peraturan baharu supaya semua ladang sistem reban terbuka diubahsuai kepada sistem reban tertutup keseluruhannya menjelang tahun

Lampiran

Tiada Lampiran.