Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

39) PENTERNAKAN BURUNG LAYANG-LAYANG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mengadakan garis panduan agar perindustrian penternakan burung layang dapat dikawal rapi?

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia telah menerbitkan buku (Januari 2005, Edisi kedua) panduan Amalan Baik Penternakan Haiwan Untuk Burung Walit sebagai rujukan kepada pengusaha dalam industri ini. Garis panduan ini mengandungi aspek pengurusan, kebersihan, alam sekitar dan fasiliti serta pengangkutan/pemindahan dan kebajikan burung walit.

    Buku ini boleh juga dijadikan sebagai garis panduan oleh pengusaha atau pihak majlis (Kerajaan Tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)) bagi tujuan pengawalan pencemaran bunyi, pencemaran najis atau kacau ganggu.  Bagi tujuan perlesenan, buku ini boleh diguna pakai sebagai syaratsyarat lesen yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen di bawah UndangUndang Kecil Kerajaan Tempatan, di samping peraturan-peraturan sedia ada yang telah ditetapkan oleh pihak PBT ke atas premis-premis perniagaan atau bangunan

    Nota: Kawalan dari segi pengeluaran lesen dan penguatkuasaan adalah di bawah Kerajaan Tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Lampiran

Tiada Lampiran.