Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

26) PENUBUHAN JAWATANKUASA AUDIT LUAR UNTUK SETIAP PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sama ada Jawatankuasa Audit Luar untuk setiap kawasan PBT telah ditubuhkan? Sekiranya ya sila nyatakan tarikh penubuhan dan siapakah ahliahli Jawatankuasa tersebut.

     

    a) dan b)

    Sehingga kini, hanya Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat (JKAPK) sahaja ditubuhkan berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 3/2009 yang diadakan pada 21 Januari 2009 , di mana semua Pihak Berkuasa Tempatan perlu menubuhkan JKAPK mulai bulan Februari 2009.

    Kerajaan Negeri juga secara dasarnya telah meluluskan cadangan menubuhkan Jawatankuasa Audit Luar Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (MMKN) Ke 2/2015 yang diadakan pada 14 Januari 2015 namun perlaksanaannya masih tertangguh kerana Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan keanggotaan yang terdiri daripada kalangan back banchers serta memperhalusi peruntukan serta bidang kuasa Jawatan kuasa ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.