Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

37) PENUBUHAN JAWATANKUASA AUDIT LUAR UNTUK SETIAP PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. MMKN telah membuat keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Audit Luar untuk setiap kawasan PBT tetapi sehingga kini ianya masih belum ditubuhkan. Adakah Jawatankuasa tersebut masih akan ditubuhkan atau ianya akan dibatalkan?

    a dan b)

     

    Kerajaan Negeri secara dasarnya telah meluluskan cadangan penubuhan Jawatankuasa Audit Luar Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (MMKN) Ke 2/2015 yang diadakan pada 14 Januari 2015. Namun perlaksanaannya masih tertangguh kerana Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan keanggotaan Jawatankuasa tersebut yang terdiri daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berikutan ulasan dan pandangan oleh pihak Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri berkenaan isu kuasa Kerajaan Negeri dalam melantik pengerusi dan ahli jawatankuasa tersebut serta bidang-bidang tugasnya.

    Antara bidang tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa yang dicadangkan adalah seperti di bawah:-

    • Memperoleh dan menyemak semua maklumat/ dokumen berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam termasuklah proses bayaran kepada kontraktor bagi melaksanakan tugas pengauditan;

     

    • Mencadangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan/ Kerajaan Negeri kaedah-kaedah bagi mengatasi kelemahan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan;

     

    • Jawatankuasa Audit Luar ini hendaklah bermesyuarat secara berkala yang ditentukan oleh Jawatankuasa; dan

     

    • Jawatankuasa Audit Luar hendaklah melaporkan kepada Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan berkenaan:-
      1. Status penyelesaian aduan awam/penduduk terhadap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Pihak Berkuasa Tempatan yang gagal diatasi;

     

    • Maklumbalas penambahbaikan atau cadangan mengatasi apa-apa kelemahan dalam dasar pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di peringkat PBT; dan

     

    • Mencadangkan lain-lain hal berkaitan perkara yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Audit Luar untuk perhatian dan tindakan Kerajaan

Lampiran

Tiada Lampiran.