Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

175) PENUBUHAN JAWATANKUASA AUDIT LUAR UNTUK SETIAP PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pertubuhan Jawatankuasa Audit Luar untuk setiap kawasan pihak berkuasa tempatan menurut MMKN Ke 2/2015 bertarikh 14 Januari 2015?

    Cadangan mewujudkan Jawatankuasa Audit Luar Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor yang diputuskan melalui MMKN Ke 2/2015 yang diadakan pada 14 Januari 2015 namun cadangan tersebut ditangguhkan kerana mengambil kira pandangan dari sudut perundangan dan juga pertindihan kuasa serta tugas di peringkat PBT dan juga agensi audit sedia ada.

    Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan akan mencadangkan satu mekanisma lain bagi melibatkan wakil-wakil rakyat dalam Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.