Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

90) PENUBUHAN JMB BAGI FLAT IMPIAN INDAH A, B DAN C

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Selayang bagi Flat Impian Indah A, B dan C akan menganjurkan penubuhkan JMB?

    Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Perbandaran Selayang (COB, MPS) telah mengadakan mesyuarat bersama pemaju Garisan Ekuiti (M) Sdn. Bhd. 30 Mei 2017. Berdasarkan maklum balas pemaju, hak milik strata telah dikeluarkan dan Flat Impian Indah telah ditubuhkan perbadanan pengurusan secara automatik (setiap blok A, B dan C mempunyai hak milik strata dan terletak di bawah pengurusan perbadanan pengurusan yang berbeza). Butiran tarikh buku daftar strata dibuka bagi Flat Impian Indah adalah seperti berikut:

    BLOK NO. HAK MILIK TANAH TARIKH BUKU DAFTAR STRATA DIBUKA
    A Geran 58075, Lot 677 5 Mei 2011
    B Geran 58076, Lot 679 13 Mei 2010
    C Geran 58077, Lot 680 1 Mac 2008

    Sehubungan dengan itu, COB MPS telah memberi tempoh 3 bulan kepada pemaju untuk mengambil beberapa tindakan bagi memastikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Perbadanan Pengurusan dapat diadakan secara teratur untuk melantik ahli jawatankuasa perbadanan pengurusan di kalangan pemilik petak (setiap blok A, B dan C akan diadakan satu Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Perbadanan Pengurusan yang berasingan). Tindakan yang patut dilaksanakan pemaju adalah seperti berikut:

    i-Senarai nama pembeli yang telah membuat pindah milik geran hak milik strata dan telah berdaftar dengan sempurna di Pentadbir Tanah berdasarkan rekod buku daftar strata bagi blok A, B dan C Flat Impian Indah.

    ii-Mengemaskini dan menyediakan penyata akaun pengurusan yang teratur untuk membentangkan hasil kutipan dan perbelanjaan bagi setiap blok A, B dan C Flat Impian Indah dalam mesyuarat agung.

    Oleh itu, jangkaan untuk pemaju mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama perbadanan pengurusan bagi blok A, B dan C Flat Taman Impian Indah adalah selewat-lewatnya pada 29 September 2017.

Lampiran

Tiada Lampiran.