Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

35) PENUBUHAN PETALING JAYA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila beri kronologi dan butiran pengambilan tanah oleh Kerajaan Negeri untuk membentuk bandar satelit Petaling Jaya

    Petaling Jaya atau PJ diwujudkan pada tahun 1952 sebagai sebuah bandar universiti dan bandar satelit. Keluasan Petaling Jaya adalah kira-kira 97.2 km persegi, merupakan bandaraya paling pesat dan kedua terbesar di Negeri Selangor. Petaling Jaya terletak di Daerah Petaling yang merupakan daerah yang memiliki populasi tertinggi dan termaju di Negeri Selangor.

    Berikut adalah antara beberapa permohonan pengambilan yang telah diterima oleh Pejabat Daerah/Tanah Petaling bagi membantu dalam pembentukan bandar satelit di Daerah Petaling:

    BIL PERMOHONAN PEMOHON STATUS
    1 Permohonan Pengambilan bagi cadangan pembinaan Jalan Harapan (14/47) dan lain-lain kerja berkaitan dari Bulatan Jalan Universiti dengan Jalan Semangat ke Jalan Damansara, Petaling Jaya. Majlis Bandaraya Petaling Jaya

    (MBPJ)

    Dalam tindakan MBPJ untuk melengkapkan dokumen permohonan.
    2 Permohonan pengambilan bagi tujuan menaiktaraf simpanan jalan daripada 2 lorong kepada 3 lorong Jalan Tanjung Bandar Utama Damansara dan Bandar Petaling Jaya. Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor

    (UPEN)

    Dalam tindakan mahkamah.

    Kedua-dua permohonan pengambilan tanah ini adalah bertujuan untuk menaiktaraf dan pembinaan pelebaran jalan sedia ada bagi maksud awam selaras dengan kemajuan di Negeri Selangor khususnya di Petaling Jaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.