Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

39) PENUBUHAN PUSAT KEBUDAYAAN MELAYU, CINA DAN INDIA

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah sehingga ke hari ini Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India yang telah dicadangkan penubuhannya masih belum dibuka lagi?

    Dalam usaha menubuhkan ketiga-tiga Pusat Kebudayaan ini, beberapa fasa dan peringkat perlu diteliti dan dilalui bagi memastikan penubuhan projek ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat khususnya kepada penggiat-penggiat seni di Negeri Selangor. Konsep dan pengisian juga merupakan salah satu aspek yang perlu dikaji bagi menjadikan Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India ini menepati objektif pembangunan.

    Dengan menggunakan khidmat kepakaran, konsep pembangunan ketigatiga Pusat Kebudayaan kini telah dipilih mengikut kesesuaian dengan mengambil kira pandangan orang awam yang telah dilaksanakan semasa Pameran Pusat Kebudayaan Negeri Selangor pada 27 Jun hingga 2 Julai 2012 di AEON Bukit Raja, Bandar Baru Klang. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga Pusat Kebudayaan ini akan dibuka dan memulakan operasi sebaik sahaja beberapa proses diperingkat seterusnya selesai dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.