Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

26) PENUKARAN LESEN MENDUDUKI SEMENTARA KEPADA PEGANGAN PAJAKAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan butir-butir tanah, keluasan, alamat tanah, premium untuk penukaran, tarikh penukaran dan tuan punya tanah yang telah dibenarkan menukar lesen menduduki sementara kepada pegangan pajakan di DUN Subang Jaya dari tahun 1998 sehingga hari ini.

    Hanya terdapat dua sahaja pemegang Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang telah
    diluluskan permohonan pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah
    Negara di kawasan DUN Subang Jaya semenjak tahun 1998
    Berikut adalah maklumat yang diperlukan:-
    Kelulusan Pertama
    i) Nama : Md. Radzi bin Ahmad
    ii) Kedudukan Tanah : HS(D) 145991, Jalan USJ 4/1
    iii) Tujuan : Bangunan Perniagaan
    (Gerai Makanan)
    iv) Luas : 148.64 meter persegi
    v) Tempoh : 99 tahun
    vi) Mukim : Damansara
    vii) Jenis Hakmilik : Hakmilik Pendaftar
    viii) Premium : RM123,610.00
    ix) Tarikh Lulus : 14 April 1999
    Kelulusan Kedua
    i) Nama : Lau Bing @ Low Sai Ping
    ii) Kedudukan Tanah : Bersebelahan Lot 29442, Jalan USJ 4/6B
    iii) Tujuan : Bangunan Perniagaan (Restoran)
    iv) Luas : 138 meter persegi
    v) Tempoh : 99 tahun
    vi) Mukim : Damansara
    vii) Jenis Hakmilik : Hakmilik Pendaftar
    viii) Premium : RM307,395.00
    ix) Tarikh Lulus : 1 Oktober 2003

Lampiran

Tiada Lampiran.