Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

243) PENUKARAN PAIP PERHUBUNGAN BEKALAN AIR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap SYABAS bagi memastikan kerjakerja penukaran paip perhubungan bekalan air yang berusia lebih 40 tahun dan berkarat (jenis GI 20mm) dilakukan supaya penduduk dapat menikmati bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan biasa?

    Melalui Perjanjian Konsesi yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS, berkuat kuasa pada 01 Januari 2005, semua aset bekalan air telah diserahkan untuk dikendalikan oleh SYABAS. Bermula dari tarikh tersebut, SYABAS adalah satu-satunya pihak tunggal yang telah diberikan kuasa untuk mengendalikan, menyelenggarakan dan mengoperasikan semua aset air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sebagai operator tunggal, SYABAS telah dipertanggungjawabkan untuk membuat meneliti semula semua sistem agihan termasuk paip perhubungan yang berusia lebih 50 tahun. Cadangan penukaran paip perhubungan berusia lebih 50 tahun memang telah ada di dalam cadangan kerja-kerja pembangunan yang akan dilaksanakan oleh SYABAS menggunakan peruntukan CAPEX.

    Namun demikian, bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi oleh rakyat, Kerajaan Negeri Selangor telah meletakkan sasaran utama memastikan bekalan air sentiasa mencapai kualiti yang baik dan kuantiti yang mencukupi selepas tahun 2021, meningkatkan rizab bekalan air bersih kepada kadar 15% dan memastikan kadar NRW dapat dikurangkan sekurang-kurangnya 25% pada tahun 2020.

    Salah satu projek yang telah disenaraikan untuk dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11) antaranya adalah penukaran paip-paip lama terutamanya paip perhubungan bekalan air yang berusia lebih 40 tahun akan berkarat (jenis GI 20mm).  Namun demikian, program penukaran

Lampiran

Tiada Lampiran.