Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

130) PENUKARAN SYARAT GUNA TANAH RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan telah diterima dari pihak-pihak berkenaan untuk menukar syarat guna tanah kepada rumah ibadat bukan Islam dari 2008 sehingga 2013?

    Sebanyak 16 permohonan untuk menukar syarat guna tanah kepada rumah ibadat bukan Islam telah diterima dari tahun 2008 sehingga 2013 dan pecahannya mengikut daerah adalah seperti jadual berikut :

    DAERAH JUMLAH PERMOHONAN
    Hulu Selangor 1
    Hulu Langat 1
    Kuala Selangor 1
    Kuala Langat 2
    Sabak Bernam
    Petaling
    Gombak 8
    Klang 3
    Sepang
    JUMLAH 16

Lampiran

Tiada Lampiran.