PENUKARAN TANAH BERSTATUS LEASEHOLD

40) PENUKARAN TANAH BERSTATUS LEASEHOLD

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria yang diguna pakai untuk penukaran tanah berstatus "leasehold" kepada "freehold'?

    Setakat ini, Kerajaan Negeri tidak menetapkan sebarang polisi untuk penukaran tanah berstatus “leasehold” kepada “freehold”. Walau bagaimanapun, penukaran tanah berstatus “leasehold” kepada “freehold” boleh diberi pertimbangan oleh Pihak berkuasa Negeri melalui permohonan penyatuan tanah di bawah seksyen 147 (2)(c)(i) Kanun Tanah Negara. Peruntukkan di bawah seksyen ini membenarkan permohonan dibuat untuk mencantumkan 2 atau lebih hakmilikhakmilik yang berdampingan yang mempunyai tempoh pegangan yang berbeza. Tanah pegangan berstatus “leasehold”  boleh diubah kepada status “freehold” sekiranya tanah berstatus “freehold” lebih besar keluasannya daripada tanah berstatus  “leasehold” yang dicantumkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.