Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

52) PENUKARAN TANAH SEKOLAH AGAMA UNTUK PEMBANGUNAN LAIN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senarai tanah-tanah yang di tukar untuk projek lain.

    Diperingkat Pejabat Tanah Petaling tiada tanah yang ditukar status dari sekolah agama kepada pembangunan lain. Sekiranya berlaku penukaran status tanah perkara ini perlu dirujuk kepada Majlis Agama Islam Selangor atau Jabatan Agama Islam Selangor. Walaubagaimanapun, Jabatan Agama Islam Selangor telah memaklumkan bahawa tidak terdapat sebarang tanah sekolah agama yang telah ditukarkan status untuk pembangunan lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.