Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

85) PENULARAN WABAK COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rakyat Selangor yang terbabit dengan wabak Covid-19?

    Jawapan bagi Sub Soalan A dan C:

    Sehingga 30 Jun 2020, jumlah rakyat Selangor yang disahkan positif covid 19 adalah seramai 1,910 orang, dengan 24 daripadanya adalah kes kematian.

    Kerajaan Negeri memberikan kerjasama yang sangat baik dengan pihak Kementerian Kesihatan bagi menangani permasalahan Covid-19 di Selangor. Keberkesanan dalam kawalan kes serta wabak ditunjukkan melalui penurunan bilangan kes serta wabak di Selangor. Langkah yang diambil termasuk:

    1. Pemantauan bersama agensi luar seperti PDRM dan PBT dalam aspek pematuhanan dan pengukuhan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak KKM.
    2. Menjalankan engagement dengan pihak berkaitan termasuk NGO bagi memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan.
    3. Membantu perlaksanaan saringan kumpulan berisiko secara berfokus seperti saringan bukan warganegara di tapak binaan, pasar dan ladang, saringan warga emas, guru tadika, pusat tahfiz dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.