Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

289) PENULARAN WABAK DENGGI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah punca-punca yang telah dikenal pasti sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kes denggi di Selangor?

    Antara punca-punca yang telah dikenal pasti sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kes denggi di Selangor adalah seperti berikut:-

    • Kepadatan penduduk
    • Pergerakan populasi yang tingg (highly mobile population)
    • Pembuangan sampah haram di tanah lapang
    • Sikap masyarakat yang gemar membuang sampah marata-rata
    • Apartment / pangsapuri yang tiada JMB efektif
    • Tapak Binaan
    • Kecacatan bangunan (structural defects)
    • Penduduk sementara (transient population) seperti penuntut IPT
    • Rumah kosong
    • Kawasan tanah lot / kampung yang tiada jadual pengumpulan sampah yang baik

Lampiran

Tiada Lampiran.